Sindrom negaholik banyak berlaku dalam organisasi. Ringkasnya seorang yang negaholik bersikap negatif di mana orang-orang bersikap sedemikian sentiasa ' menafikan' dengan 'saya tak boleh'. Dengan demikian orang negaholik tidak mahu menerima hakikat dan pendkatan 'saya boleh' bagi mengubah paradigma dan tingkah-laku yang lebih positif ke arah perubahan yang lebih baik.

Siapa Negaholik?

Cherie Carter-Scott mengungkapkan orang negaholik seperti berikut:

"A corporate negaholic is one who is victimized by inner forces which

manifest themselves through various negative attitudes, thoughts, words,

or behaviours. Corporate negaholics unconsiously sabotage not only

their own actions, but those of their co-workers and the mission of the

organization."


Petunjuk-petunjuk Wujudnya Negaholik Dalam Organisaasi

Berlaku bila terdapat petanda-petanda berikut:

*Tingkah-laku ahli organisasi bermotifkan kehendak melindungi diri sendiri, atau mengekalkan status qou lebih daripada memenuhi misi organisasi.

*Nafsu, ketagihan dn kemurungan neurotik individu mulai menguasai dan menentukan strategi, aktiviti malah hala tuju organisasi.

*Individu-individu negaholik ini meletakkan semua punca keadaan negatif ini kepada organisasi yang menggaji mereka.

*Para pekerja habiskan masa mereka mengkritik dan menghakimi rakan sejawat mereka sendiri, pihak pengurusan, polisi-polisi organisasi atau cara-cara setiap perkara dilaksanakan daripada mengambil tindakan yang membina.