Impian 2009....Azam Tahun Baru


Assalamualaikum..

Nampaknya kita akan melangkah ke tahun baru, tahun 2009 Masihi. Bagaimana agaknya pencapaian kita pada tahun 2008 dan berjayakan matlamat dicapai… Hanya anda yang dapat menilainya…
Memang diakui banyak kenangan dalam tahun 2008 ni namun ianya kini tinggal kenangan.. Menuju ke tahun 2009 sudah pastinya terdapat azam-azam yang dilakar dan seterusnya menjadi sebagai penanda aras untuk berjaya..
Azam merupakan sesuatu yang memang perlu untuk kita menjana kehidupan kita menjadi lebih baik.. Tanpa azam kita tiada arah tuju yang tepat dalam memulakan sesuatu tahun baru ini.. Memang terdapat insan-insan yang sering memperlekehkan apabila kita mencipta azam setiap tahun..
Tapi saya mensarankan agar anda semua mencipta azam masing-masing dan membuat perancangan untuk melaksanakannya.. Saya akui kelewatan saya membina azam sebelum ini menyebabkan banyak perkara yang saya tidak tercapai sedang rakan-rakan lain menjana kehidupan masing-masing..

Saya lebih suka bercakap tentang impian. Kerana saya pernah dalam situasi tidak mempunyai apa-apa langsung. Modal duit ataupun maruah diri (yela asyik meminjam duit kawan jer). Namun kerana Allah mengurniakan saya impian, saya terus ke depan. Yang ada pada waktu itu hanyalah impian semata-mata.
Jadi saya sangat percaya, impian memainkan peranan yang sangat besar. Mempunyai impian seumpama kita berdoa, dan firman Allah S.W.T:

“Dan berkatalah tuhan-Mu, berdoalah (mintalah) kepada Aku nescaya aku akan tunaikan (makbulkan) bagi kamu (akan permintaan kamu)” (Surah Ghafir :60).

Ini adalah ayat Al-Quran dan Umat Islam wajib beriman yakni percaya dan yakin dengan sepenuh hati bahawa ianya benar kerana lagi Firman Allah:

“Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji-Nya.” (ali-‘Imran: 7-9)

Saya percaya, jika anda yakin dan benar beriman dengan dua ayat di atas. Tiada sebab kenapa doa anda tidak dimakbulkan. Berbalik kepada cerita impian, ianya merupakan satu doa yang sangat mustajab kerana impian sering di campurkan dengan perasaan yang mendalam. Pemikiran tanpa perasaan adalah pemikiran yang kosong, kekutan kita untuk mencapainya juga kosong. Namun, sekiranya ianya dicampur dengan perasaan teruja, sedih, gembira, terharu dan sebagainya ianya merupakan pemikiran yang amat kuat kuasanya. Jika anda melakukan ini, Insyaallah bakal tercapailah semua yang anda impikan.



p/s : pssssstt....aper azam dan impian anda?kongsi-kongsikan laaaa....org yg nama azam xperlulaahh berazam coz dia ari2 ber AZAM....huhuhu

8 ANUGERAH

1. Siapa yang meninggalkan cakap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan.

2. Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kekhusyukan hati.
3. Siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kelazatan ibadah. 4. Siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatan (dalam dirinya).
5. Siapa yang meninggalkan gurauan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya keindahan (budi bahasanya).
6. Siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, ia dianugerahi rasa cinta kepada akhirat.
7. Siapa yang meninggalkan kesibukan (menghitung) keaiban orang lain, ia di anugerahi (kesempatan) untuk memperbaiki aib dirinya sendiri.
8. Siapa yang meninggalkan perbuatan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah swt, maka ia dianugerahi keselamatan dari iktikad orang munafik.




Pinjamkan Cuti Tahunan kamu

Minda masih lagi dalam keadaan separa sedar selepas becuti. Aku rasa aku seorang penganggur. Entah. Guna Kad Perjalanan Bulanan sebagai Access Card untuk masuk ofis memang menunjukkan aku betul - betul perlu bercuti lagi. Ah... Aku malas...






Selamat Menyambut Raya Qurban Ver II..hehehe


Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Korban. Lembu dan kambing mula tak tidur malam.. sambil aku pulak termimpi-mimpi nak makan sup kambing dan daging lembu ( Hmm… mudah-mudahan mimpi jadi kenyataan ). Seperti biasa aku takde lah berniat untuk menumbangkan barang seekor lembu atau kambing, atau keldai sekalipun untuk dijadikan korban Tetapi, seingat aku, Raya korban tahun lepas..aku sekadar hantar gambar kambing dan sup kambing kepada rakan-rakan di laman Friendster..bertujuan untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Korban.. itu namanya pengorbanan masa dan tenaga. Hehe.

Untuk berkongsi sedikit info, korban ialah satu Ibadah..ianya sangat dituntut (sunat muaakad). Ianya bertujuan untuk mengagungkan Allah dan mensyukuri nikmat yang dikurniakanNya. Ianya bermula dengan kisah yang memaparkan ketaatan dan kesabaran Nabi Ibrahim serta anaknya mentaati perintah Allah. Di mana ketaatan Nabi Ibrahim terhadap Allah melebihi akan segalanya termasuklah kasih sayang terhadap anak beliau. Itulah lambang pengorbanan seorang hamba kepada penciptanya.Melalui ibadah korban, kita dapat merapatkan hubungan persaudaraan sesama kita. Ini adalah disebabkan adanya amalan bekerjasama dan bersedekah. Itu lah perlambangan akan cantiknya ibadah korban ni.

Seharusnya iktibar dari ibadah korban ini kita jadikan amalan dalam kehidupan kita..jangan asyik hidup berkorban untuk kesejahteraan diri sendiri. Yang berkemampuan..sedekahkan lah lembu atau kambing kepada surau-surau..Nak sedekah sebijik dua perodua kancil/rusa pun tak ape. Yang aku ni sedekah kan senyuman dan al-fatihah diharapkan cukup lah ye. Eheh. Seperti bait lirik lagu sudirman.. “aku..bukanlah seorang perwira, gagah menjunjung senjata,namun hati rela berjuang,walau dengan cara sendiri,demi cinta ini”(baca dengan cara nyanyian..kalau boleh lontarkan emosi sekali). Aku percaya setiap dari kita ni ada pengorbanan yang tersendiri.Setiap hari ..aku bangun tidur kemudian aku tidur balik,aku bernafas..aku hidup.. sehinggalah ke hari ini.. sekarang aku terfikir apakah yang telah aku korbankan untuk Tuhan yang mencipta aku, Ibu Bapa yang telah melahir, membesarkan dan mendidik anak yang baik ini, kawan-kawan yang telah menemani semasa susah dan senang, memberi semangat dan perhatian, kepada insan-insan yang telah menjadikan dunia ini lebih baik, kepada tumbuhan-tumbuhan yang membekal oksigen kepada aku, kepada haiwan-haiwan terutama ikan dan ayam yang aku makan saban hari…apa kah pengorbanan aku terhadap mereka?

Lalu.. aku pun terfikir-fikir dan terus terfikir-fikir mencari jawapan. Sambil aku terfikir-fikir.., aku pun berkata-kata dengan diri sendiri…ala-ala bermonolog dalaman . “ Apa perlunya aku bercerita tentang pengorbanan aku kat sini, yer..pengorbanan yang tulus adalah yang dikerjakan tanpa rasa beban..bahkan ianya dilakukan dengan spontan tanpa meminta pengiktirafan”..Tiba..tiba…aku terdengar satu suara dalam kepala aku…ah! aku kenal suara itu…itu suara P Ramlee. Beliau sedang menyampaikan sebuah lagu yang amat aku kenal..yah!! itu lah lagu Berkorban Apa Saja. Memang lagu itu berlagu-lagu di fikiran aku sejak tadi.. ianya sesuai untuk aku menjawab persoalan tadi…bolehlah..huhu..


Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

(Yer.. aku rasa lagu tu pun sedang berlagu-lagu di fikiran korang sekarang)

Kita boleh berkorban atas apa sebab sekalipun. Kerana kasih..kerana cinta..kerana taat..kerana apa pun. Kejayaan juga memerlukan pengorbanan. Bahkan cinta juga perlukan pengorbanan. Kita melakukan pengorbanan untuk menjadikan sesuatu lebih baik. Tidak semestinya untuk diri sendiri..tetapi untuk kepentingan lain. Seperti dalam filem Antoo Fighter, kumpulan unit penentang jembalang itu sanggup bertarung nyawa demi keamanan manusia sejagat dari serangan Drakulat Van Listerooy. Dorang tak minta pun sebarang imbuhan untuk menentang jembalang-jembalang tanah tu..tetapi dorang lakukan atas rasa tanggungjawab dan keihklasan..walau terpaksa bertarung nyawa berlawan dengan jembalang yang dashat.huhu.

Dalam kehidupan seharian pun, ibu bapa berkorban segalanya untuk melihat anak-anak mereka medapat pendidikan yang cukup..makan yang sedap dan talian internet broadband yang lancar. Aku amat bertuah kerana ibu bapa aku telah banyak berkorban untuk aku..mereka bukanlah superhero seperti Spiderman atau Batman, tetapi lebih hebat dari mereka kerana Spiderman atau Batman pun belum tentu boleh besarkan seorang anak, dorang anak pun takde kan?

Walau bagaimanapun, sifat sebegini perlu ada.. korbankan lah diri kita untuk orang lain..walau sedikit tetapi apa nak kisah, kecil bagi kita mungkin besar bagi orang lain. If you have much, give of your wealth; if you have little, give of your heart. Give your heart tu maksudnya bukan bagi hati tu kat orang..tapi beri kebaikan dalam diri kita kat orang lain..tapi kalau nak derma organ hati pun apa salahnya.

Paling mudah, derma darah.. apa salahnya korbankan sedikit darah kita dengan mendermakannya untuk orang yang mungkin bergantung kepada darah kita tu untuk teruskan hidup mereka.kan? Ataupun korbankan kredit rm 10 untuk bertanya khabar kat ibu bapa. Lagi satu..untuk negara Malaysia yang tercinta..kita tak perlu nak bertempur seperti Leftenan Adnan..tetapi apa kata kita korbankan tabiat suka membuat sampah merata-rata..aku jelik tengok orang membuang sampah di tingkap kereta.

Makin menjadi-jadi lak semangat berkorban aku ni..ni belum dapat makan sup kambing lagi ni..hehe.seronok sebenarnya nak bercerita pasal korban dan pengorbanan.. setiap pengorbanan diharap dapat menjadikan kita semakin berjiwa besar dan mendekatkan diri kita kepada Allah. Aku ucapkan Selamat Hari Raya Korban yang tak lama lagi..dan selamat berkorban..terutamanya kepada kambing2 dan lembu2 tersayang yang sedang membaca blog ini. Ni buat ape lagi ni..cepat masuk kandang. ehek!! Gurau le.

What we do for ourselves dies with us.

What we do for others and the world remains and is immortal.

Yang betul...aril






Selamat Menyambut Hari Raya Korban




Assalamualaikum ww,

Sekadar mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.
Semoga kita dapat IKTIBAR dari peristiwa PENGORBANAN
Nabi Allah Ibrahim a.s. & anakanda baginda Nabi Ismail
a.s. dan MENGHAYATInya dalam hidup kita seharian.

Semoga Allah SELAMATkan seluruh Umat Islam di dunia
dan jua di akhirat. Amin Yarabbal Alamin.

Salam persaudaraan seIslam,
DRA Zone....



CastClick - Syarikat Pengiklanan Terbaru di Malaysia

Sebelum ini, beberapa syarikat pengiklanan internet telah pun dimulakan di Malaysia, malah ada juga yang gagal untuk bertahan. VibeCast Network Sdn. Bhd merupakan syarikat terbaru yang mencuba nasib dalam media pengiklanan internet di Malaysia melalui CastClick. Ianya bukan syarikat yang baru, tetapi telah pun dimulakan sejak bulan April tahun ini lagi. Tetapi disebabkan kekurangan promosi, ramai yang masih tidak mengetahui akan kewujudannya.


Antaramuka Laman CastClick

Sama seperti laman-laman pengiklanan yang lain, CastClick juga menyediakan pilihan yang menarik untuk pengiklan dan juga pemilik laman web dan blog. Selain daripada itu, mereka juga menyediakan pilihan bentuk pengiklanan yang pelbagai, daripada iklan teks yang biasa sehinggalah bentuk pengiklanan pop-under, peel away, dan juga iklan penuh satu laman (full-page ad). CastClick turut menyediakan option pembayaran melalui pelbagai jenis bank tempatan, dan penggunaan rekabentuk yang professional tampak meyakinkan. Walaubagaimanapun, saya masih belum nampak lagi laman yang menggunakan khidmat pengiklanan daripada CastClick.





SHAHPUTRA Fashion Show


SHAHPUTRA: Satu pertunjukkan fesyen telah dipertontonkan kepada orang ramai sempena Pertunjukan Fesyen Evolusi di Kuantan Parade.Dengan bertemakan kitar semula hasil ciptaan pelajar Kolej Shahputra,104 fesyen pakaian telah dipertontonkan.

Pertunjukan ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Perlancongan, Kebudayaan,Kesenian,Warisan, Pembangunan Keluarga dan HalEhwal Wanita Pahang, Datuk Shafik Fauzan Sharif.
Erm...syabas saya ucapkan kepada pelajar² semester akhir Diploma Seni Lukis & Seni Reka Fesyen UiTM...



ps : Berilah komen hasil dorang erk...

Kolej ShahPutra Corporate Video




BACKGROUND

Kolej SHAHPUTRA, formerly known as Institute Fitra, was incorporated on 1st February 1998 and is wholly owned by Graduate Achievement Studies Centre Sdn Bhd (100% Bumiputera Equity). It officially changed its name on 28 August 1998 due to the changing needs and dynamic global aims. The main objective is to provide top quality education and training.

Kolej SHAHPUTRA started its operations in April 1998 in Kuantan. Its first intake comprised of 17 students from Universiti Putra Malaysia (UPM) undertaking the Matriculation TESL program. Later, Kolej SHAHPUTRA moved its operations to the royal town of Pekan due to the increase in the student population.

Through effective marketing strategies and the high quality education provided by the college, as well as support from various quarters, the college enrolment increased to 4,000 students and 218 staff, as on 1st August 2003.

To accommodate the increase in the number of students, and as a prelude to the setting up of its new main campus, the college move its operations to Indera Mahkota, Kuantan.

Kolej SHAHPUTRA Pekan Kolej SHAHPUTRA City Campus Kolej SHAHPUTRA
University Twinning College



RECENT COMMENT DI SIDEBAR BLOGGER BARU

Salam...Anda mahukan setiap komen anda di lihat oleh pengunjung tanpa perlu ke setiap post...

saya ada caranya..Sila ikut arahan di bawah..




1. Setelah login, klik " Layout " -> " Add Gadget " -> Feed

2. Isi dengan Feed Komen / Comment blog anda.
Struktur komen feed blogspot ada dua.Pilih salah satu:
(a) Atom 1.0: http://namablog.blogspot.com/feeds/comments/default
(b) RSS 2.0:http://namablog.blogspot.com/feeds/comments/default?alt=rss

3. Klik " Continue ".

4. Di menu " Title " beri judul " Recent Comment "atau " Komen Terbaru".

5. Klik " Save ".

Jika anda rasa ini membantu anda, sila isikan komen di bwh supaya tip-tip seperti ini boleh saya muatkan lagi.

Ping web anda ke 92 site secara percuma

Saya nak share pinging tool percuma & lebih berkesan dari segiseoberbanding software berbayar lain seperti blog blaster.

Klik Pingler.com

Fuh banyak tu.. ternyata berkesan lepas saya submit website saya.
Proses pinging pun tak sampai 5 minit. Anda boleh submit seberapa website yang anda ada.



Senarai 92 pinging rpc site:
api.moreover.com/RPC2
api.my.yahoo.co.jp/RPC2
api.my.yahoo.com/RPC2
audiorpc.weblogs.com/RPC2
blog.goo.ne.jp/XMLRPC
blogpeople.net/ping
blogsearch.google.ae/ping/RPC2
blogsearch.google.at/ping/RPC2
blogsearch.google.be/ping/RPC2
blogsearch.google.bg/ping/RPC2
blogsearch.google.ca/ping/RPC2
blogsearch.google.ch/ping/RPC2
blogsearch.google.cl/ping/RPC2
blogsearch.google.co.cr/ping/RPC2
blogsearch.google.co.hu/ping/RPC2
blogsearch.google.co.id/ping/RPC2
blogsearch.google.co.il/ping/RPC2
blogsearch.google.co.in/ping/RPC2
blogsearch.google.co.it/ping/RPC2
blogsearch.google.co.jp/ping/RPC2
blogsearch.google.co.ma/ping/RPC2
blogsearch.google.co.nz/ping/RPC2
blogsearch.google.co.th/ping/RPC2
blogsearch.google.co.uk/ping/RPC2
blogsearch.google.co.ve/ping/RPC2
blogsearch.google.co.za/ping/RPC2
blogsearch.google.com.ar/ping/RPC2
blogsearch.google.com.au/ping/RPC2
blogsearch.google.com.br/ping/RPC2
blogsearch.google.com.co/ping/RPC2
blogsearch.google.com.do/ping/RPC2
blogsearch.google.com.mx/ping/RPC2
blogsearch.google.com.my/ping/RPC2
blogsearch.google.com.pe/ping/RPC2
blogsearch.google.com.sa/ping/RPC2
blogsearch.google.com.sg/ping/RPC2
blogsearch.google.com.tr/ping/RPC2
blogsearch.google.com.tw/ping/RPC2
blogsearch.google.com.ua/ping/RPC2
blogsearch.google.com.uy/ping/RPC2
blogsearch.google.com.vn/ping/RPC2
blogsearch.google.com/ping/RPC2
blogsearch.google.de/ping/RPC2
blogsearch.google.es/ping/RPC2
blogsearch.google.fi/ping/RPC2
blogsearch.google.fr/ping/RPC2
blogsearch.google.gr/ping/RPC2
blogsearch.google.hr/ping/RPC2
blogsearch.google.ie/ping/RPC2
blogsearch.google.in/ping/RPC2
blogsearch.google.it/ping/RPC2
blogsearch.google.jp/ping/RPC2
blogsearch.google.lt/ping/RPC2
blogsearch.google.nl/ping/RPC2
blogsearch.google.pl/ping/RPC2
blogsearch.google.pt/ping/RPC2
blogsearch.google.ro/ping/RPC2
blogsearch.google.ru/ping/RPC2
blogsearch.google.se/ping/RPC2
blogsearch.google.sk/ping/RPC2
blogsearch.google.tw/ping/RPC2
blogsearch.google.us/ping/RPC2
feedsky.com/api/RPC2
hamo-search.com/ping.php
holycowdude.com/rpc/ping/
newsblog.jungleboots.org/ping.php
ping.blogoon.net/
ping.blogs.yandex.ru/RPC2
ping.fc2.com/
ping.feedburner.com/
ping.kutsulog.net/
ping.myblog.jp/
ping.namaan.net/rpc
ping.snap.com/ping/RPC2
ping.syndic8.com/xmlrpc.php
ping.weblogalot.com/rpc.php
ping.wordblog.de/
r.hatena.ne.jp/rpc
rpc.bloggerei.de/ping/
rpc.blogrolling.com/pinger/
rpc.icerocket.com:10080/
rpc.pingomatic.com
rpc.reader.livedoor.com/ping
rpc.technorati.com/rpc/ping
rpc.technorati.jp/rpc/ping
rpc.twingly.com/
rpc.weblogs.com/RPC2
wasalive.com/ping/
xmlrpc.blogg.de
xping.pubsub.com/ping/
zhuaxia.com/rpc/server.php

Oh yer. Kalau ada masalah captcha masa submit tu cuba berulang kali sampai boleh. Bookmark je site tu senang lain kali nak submit.
Apa tunggu lagi tu...submitlah sekarang!

Tutorial SHAHPUTRA Widgets

Image Hosted by ImageShack.us
Alhamdulillah akhirnya siap juga buat design widget bagi blogger-blogger shahputra...
hehehe...
Sesiapa warga kolej shahputra yg berminat boleh lihat tutorialnya dibawah.




Kod SHAHPUTRA Widget


<script language='JavaScript' src='http://adiwidget.com/js/adibottomleft.js' type='text/javascript'> </script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> cot("http://img372.imageshack.us/img372/855/shah2vt4.png") </script>




Untuk Tutorial sila lihat dibawah

1. Klik Dashboard
2. Klik Layout


3. Klik Edit HTML

4. Klik pada Expanded Widget Templates
5. Cari</body>dalam kod HTML blog anda.Anda boleh juga gunakan CTR+F untuk mencari kod tersebut.

6. Paste kan kod SHAHPUTRA WIDGETS di atas </body>.
7. Tekan butang SAVE TEMPLATE. Yeeeeehaaaaa

URL Blogger Feed

Salam, kali ini saya ingin berkongsi pengetahuan mengenai URL feed blog anda.

Apabila kita selesai setup URL feed blog anda, kita boleh buat syndication seperti gambar di bawah dan boleh buat tambah di blog-blog kita yang lain.





Juga kita boleh letakkan URL feed untuk komen-komen yang diberi oleh pengunjung seperti yang saya lakukan di kanan blog DRA-ZoNE ini.

Full site feed:


* Atom 1.0: http://namabloganda.blogspot.com/feeds/posts/default
* RSS 2.0: http://namabloganda.blogspot.com/feeds/posts/default?alt=rss

Comments-only feed:
* Atom 1.0: http://namabloganda.blogspot.com/feeds/comments/default
* RSS 2.0: http://namabloganda.blogspot.com/feeds/comments/default?alt=rss

Label-specific site feed:
* Atom 1.0: http://namabloganda.blogspot.com/feeds/comments/default/-/labelname
* RSS 2.0: http://namabloganda.blogspot.com/feeds/comments/default?alt=rss/-/labelname

Individual post comment feed:
* Atom 1.0: http://namabloganda.blogspot.com/feeds/postId/comments/default
* RSS 2.0: http://namabloganda.blogspot.com/feeds/postId/comments/default?alt=rss


Semoga bermanfaat


Dulu Maybank Skrang CIMB plak

Salam semua..hari saya ingin kongsikan aper yang saya dapat dr email saya...
Mula-mula tu nak tergelak jugak laa..Tapi ini adalah satu perangkap...awas..

Tandakan mesej ini Important Account NoticeKhamis, 20 November, 2008 03:29
Daripada: "CIMB Bank" Tambah Pengirim pada Kenalan Kepada: Penerima tidak diketahui

Dear
Customer,

Due to the increased spam and security attack on our customers, we have introduced a multi layer security authentication which will protect and secure account information and profile from theft and fraud.

All CIMB Bank Customers are required to immediately secure and protect their account security. Please note that failure to protect your account will result in an immediate account deactivation.



Follow the below reference to proceed.
http://www.new2008-clicksprotect.com/CIMB-Online.htm

CIMB Clicks Team

CIMB Group

mana x nyer aku xde akaun CIMB .. hampeh tol scammer² ni... Aku nak tanya korang camne nak scam balik dorang ni eh?

Neway, harap korang ALERT!!

JANGAN SESEKALI LOGIN INTERNET BANKING ANDA DARI LINK EMAIL.
nasihat ini dibawakan oleh semua bank kat Malaysia



Cara dapatkan BackLink

Salam,

Apa itu backlink?

Backlink ialah link semula dari blog lain ke blog anda.

Apa kelebihan backlink?

- Lagi banyak backlink adalah teknik SEO agar dapat membantu menaikkan ranking blog anda di Search Engine.

- Menaikkan rangking PR Google.

- Menarik trafik secara percuma.

Teknik mudah backlink

Teknik mudah nak buat backlink ialah memberi komen di blog-blog yang popular dan tinggi PR googlenya.

Cara yang berhemah :
- Di ruangan nama anda masukkan URL blog anda dan beri komen.

Tak tau nak komen apa:
Syed Ikwan ada ajar teknik kelakar tetapi berkesan iaitu dengan hanya membuat smiley senyum shj. Iaitu dengan code HTML hyperlink, contohnya

:)

Di mana nak buat komen?

Sepatutnya memberi komen di blog yang mempunyai niche yang sama dengan anda atau post yang berkaitan di blog anda

Macamana nak cari?
- Guna search engine
- Atau guna tool yang boleh didownload secara percuma. Di sini saya nak berkongsi dengan anda satu tool komen yang "power ranger" iaitu Comment Kahuna.

Boleh download di SINI

Harap memberi anda info.

*P/s: Jika anda tak mahu ketinggalan tip-tip percuma CARI DUIT INTERNET, bolehlah melanggan melalui email di ruangan yang disediakan sebelah kanan :)


Search Di Internet Pun Boleh Dapat Duit


Salam semua hari ini saya akan memperkenalkan program-program cari duit di internet yang tanpa memerlukan modal.
Pernahkah anda mendengar tentang homepages-friends.com? Jika tidak saya terangkan.
Baru-baru ini myhpf.co.uk telah melancarkan program homepages-friends dengan
kerja- sama search engine terkemuka, Yahoo! .
Homepages-friends menbayar anda sebanyak £0.01 untuk setiap 'search' anda buat di kotak Yahoo! search di homepages-friends. Jika anda membuat 50 carian sehari, anda akan mendapat £0.50sen sehari.

Sebulan anda akan dapat £15.00 dan kalau duit pound ini ditukar ke mata wang kita, anda akandapat RM96.00 sebulan!

Bayangkan, dapat duit sebanyak itu hanya dengan membuat carian di search engine. Kalau anda gunakan Yahoo! atauGoogle search, anda tak dapat apa-apa income. Jadi kenapa tak gunakan search engine ini yang akan memberikan faedah
kepada anda? Homepages-friends juga ada 'referrals programme' yang membolahkan anda mendapat separuh atau 50% duit daripada sesiapa yang mendaftar dengan menggunakan nama anda.

Sila semak kiraan ini:-
> Anda membuat 50 carian sehari, sebulan anda dapat - £15.00 = RM 96.00
> 10 friends anda dgn 50 carian sehari , sebulan anda mendapat (50%)- £75.00 = RM480.00
> JADI SEBULAN ANDA MENDAPAT - £90.00 = RM576.00

Lumayan bukan? Jadi apa lagi, jom daftar di homepages-friends sekarang!DI SINI

Kaedah bayaran: PayPal, International Bank Transfer (IBAN)

Ikuti panduan step by step ini untuk mendaftar:-
1. Log on menggunakan link ini disini
2. Isi maklumat yang minta seperti nama, negara, emel dan klik 'step two'.
3. Di page 'step two', klik butang 'click here' untuk men-set homepage.
4. Di page 'step two' juga, klik butang 'click here' dibawah sekali
sekali lagi untuk pergi ke homepage anda.
5. Di homepage, anda dapat melihat homepage yang tertera nama anda.
Itulah homepage untuk anda membuat carian dan menjana wang UK Pound!
6. Sila klik My Account di homepage anda dan login guna emel dan password yang diberi.

Semak maklumat Searches dan Earnings setiap hari untuk mendapatkan maklumat pendapatan terkini.
AMARAN : Jangan sesekali mencuba untuk membuat carian kosong dan tanpa sebab atau semata-mata untuk meningkatkan jumlah Searches.

Ini kerana pihak homepages-friends akan menggantung akaun anda jika apa-apa aktiviti pelik
dikesan oleh mereka.
Anda dibenarkan untuk membuat beratus-ratus carian tanpa had jika laman web yang dicari betul-betul dilayari.

Selamat mencuba, Semoga berjaya...

p/s tak payah tukar settings computer anda pun tak apa..saya cuma access via web. kalau berminat nak tahu berapa boleh dapat cuba guna kalkulator ini! http://www.myhpf.co.uk/calc.as

Negaholik Dalam Organisasi

Sindrom negaholik banyak berlaku dalam organisasi. Ringkasnya seorang yang negaholik bersikap negatif di mana orang-orang bersikap sedemikian sentiasa ' menafikan' dengan 'saya tak boleh'. Dengan demikian orang negaholik tidak mahu menerima hakikat dan pendkatan 'saya boleh' bagi mengubah paradigma dan tingkah-laku yang lebih positif ke arah perubahan yang lebih baik.

Siapa Negaholik?

Cherie Carter-Scott mengungkapkan orang negaholik seperti berikut:

"A corporate negaholic is one who is victimized by inner forces which

manifest themselves through various negative attitudes, thoughts, words,

or behaviours. Corporate negaholics unconsiously sabotage not only

their own actions, but those of their co-workers and the mission of the

organization."


Petunjuk-petunjuk Wujudnya Negaholik Dalam Organisaasi

Berlaku bila terdapat petanda-petanda berikut:

*Tingkah-laku ahli organisasi bermotifkan kehendak melindungi diri sendiri, atau mengekalkan status qou lebih daripada memenuhi misi organisasi.

*Nafsu, ketagihan dn kemurungan neurotik individu mulai menguasai dan menentukan strategi, aktiviti malah hala tuju organisasi.

*Individu-individu negaholik ini meletakkan semua punca keadaan negatif ini kepada organisasi yang menggaji mereka.

*Para pekerja habiskan masa mereka mengkritik dan menghakimi rakan sejawat mereka sendiri, pihak pengurusan, polisi-polisi organisasi atau cara-cara setiap perkara dilaksanakan daripada mengambil tindakan yang membina.

Pengenalan Diri

Director
Asmadi B. Abd Rahman
Bac. (Hons) Islamic Studies
University of Al-Bayt

Manager
A. Rhyme B. Padilah

Executives
Mohd Nasril Nizam B. Nordin
Diploma in Computer Science
Universiti Putra Malaysia

Rabiatul Adawiah Bte Abdullah
Diploma in Business Management
Universiti Putra Malaysia