Showing posts with label shahputra. Show all posts
Showing posts with label shahputra. Show all posts

Kami KEMBALI.....

Salam...

Agak lama jugak kami xmeng'update' blog ini...Ini adalah disebabkan bukan sifat cap M(malas) tapi sibuk dengan pendaftaran baru bg sesi 2008/2009 di tambah pula dengan pendaftaran pelajar lama yg naik semester.

Oh lupa nak beritahu awal tahun baru-baru ini kami telah berhijrah.....hehe(arahan COO kami)
walaupun xsebesar tempat kami yg dl ...tp kerja tetap dijalankan dgn lancar...

Aduh aper laa yg kami merepek ni yek....kami xder idea lg laa nk post yg menarik...nnt ader citer ker ..gossip kerr nnt kami post k....Selamat semer


ni gambar terbaru pasukan kami yg mantap lg melatop....
(tp apakan daya salah sorang telah ditukar ke dept laen)


Selamat Menyambut Raya Qurban Ver II..hehehe


Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Korban. Lembu dan kambing mula tak tidur malam.. sambil aku pulak termimpi-mimpi nak makan sup kambing dan daging lembu ( Hmm… mudah-mudahan mimpi jadi kenyataan ). Seperti biasa aku takde lah berniat untuk menumbangkan barang seekor lembu atau kambing, atau keldai sekalipun untuk dijadikan korban Tetapi, seingat aku, Raya korban tahun lepas..aku sekadar hantar gambar kambing dan sup kambing kepada rakan-rakan di laman Friendster..bertujuan untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Korban.. itu namanya pengorbanan masa dan tenaga. Hehe.

Untuk berkongsi sedikit info, korban ialah satu Ibadah..ianya sangat dituntut (sunat muaakad). Ianya bertujuan untuk mengagungkan Allah dan mensyukuri nikmat yang dikurniakanNya. Ianya bermula dengan kisah yang memaparkan ketaatan dan kesabaran Nabi Ibrahim serta anaknya mentaati perintah Allah. Di mana ketaatan Nabi Ibrahim terhadap Allah melebihi akan segalanya termasuklah kasih sayang terhadap anak beliau. Itulah lambang pengorbanan seorang hamba kepada penciptanya.Melalui ibadah korban, kita dapat merapatkan hubungan persaudaraan sesama kita. Ini adalah disebabkan adanya amalan bekerjasama dan bersedekah. Itu lah perlambangan akan cantiknya ibadah korban ni.

Seharusnya iktibar dari ibadah korban ini kita jadikan amalan dalam kehidupan kita..jangan asyik hidup berkorban untuk kesejahteraan diri sendiri. Yang berkemampuan..sedekahkan lah lembu atau kambing kepada surau-surau..Nak sedekah sebijik dua perodua kancil/rusa pun tak ape. Yang aku ni sedekah kan senyuman dan al-fatihah diharapkan cukup lah ye. Eheh. Seperti bait lirik lagu sudirman.. “aku..bukanlah seorang perwira, gagah menjunjung senjata,namun hati rela berjuang,walau dengan cara sendiri,demi cinta ini”(baca dengan cara nyanyian..kalau boleh lontarkan emosi sekali). Aku percaya setiap dari kita ni ada pengorbanan yang tersendiri.Setiap hari ..aku bangun tidur kemudian aku tidur balik,aku bernafas..aku hidup.. sehinggalah ke hari ini.. sekarang aku terfikir apakah yang telah aku korbankan untuk Tuhan yang mencipta aku, Ibu Bapa yang telah melahir, membesarkan dan mendidik anak yang baik ini, kawan-kawan yang telah menemani semasa susah dan senang, memberi semangat dan perhatian, kepada insan-insan yang telah menjadikan dunia ini lebih baik, kepada tumbuhan-tumbuhan yang membekal oksigen kepada aku, kepada haiwan-haiwan terutama ikan dan ayam yang aku makan saban hari…apa kah pengorbanan aku terhadap mereka?

Lalu.. aku pun terfikir-fikir dan terus terfikir-fikir mencari jawapan. Sambil aku terfikir-fikir.., aku pun berkata-kata dengan diri sendiri…ala-ala bermonolog dalaman . “ Apa perlunya aku bercerita tentang pengorbanan aku kat sini, yer..pengorbanan yang tulus adalah yang dikerjakan tanpa rasa beban..bahkan ianya dilakukan dengan spontan tanpa meminta pengiktirafan”..Tiba..tiba…aku terdengar satu suara dalam kepala aku…ah! aku kenal suara itu…itu suara P Ramlee. Beliau sedang menyampaikan sebuah lagu yang amat aku kenal..yah!! itu lah lagu Berkorban Apa Saja. Memang lagu itu berlagu-lagu di fikiran aku sejak tadi.. ianya sesuai untuk aku menjawab persoalan tadi…bolehlah..huhu..


Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

(Yer.. aku rasa lagu tu pun sedang berlagu-lagu di fikiran korang sekarang)

Kita boleh berkorban atas apa sebab sekalipun. Kerana kasih..kerana cinta..kerana taat..kerana apa pun. Kejayaan juga memerlukan pengorbanan. Bahkan cinta juga perlukan pengorbanan. Kita melakukan pengorbanan untuk menjadikan sesuatu lebih baik. Tidak semestinya untuk diri sendiri..tetapi untuk kepentingan lain. Seperti dalam filem Antoo Fighter, kumpulan unit penentang jembalang itu sanggup bertarung nyawa demi keamanan manusia sejagat dari serangan Drakulat Van Listerooy. Dorang tak minta pun sebarang imbuhan untuk menentang jembalang-jembalang tanah tu..tetapi dorang lakukan atas rasa tanggungjawab dan keihklasan..walau terpaksa bertarung nyawa berlawan dengan jembalang yang dashat.huhu.

Dalam kehidupan seharian pun, ibu bapa berkorban segalanya untuk melihat anak-anak mereka medapat pendidikan yang cukup..makan yang sedap dan talian internet broadband yang lancar. Aku amat bertuah kerana ibu bapa aku telah banyak berkorban untuk aku..mereka bukanlah superhero seperti Spiderman atau Batman, tetapi lebih hebat dari mereka kerana Spiderman atau Batman pun belum tentu boleh besarkan seorang anak, dorang anak pun takde kan?

Walau bagaimanapun, sifat sebegini perlu ada.. korbankan lah diri kita untuk orang lain..walau sedikit tetapi apa nak kisah, kecil bagi kita mungkin besar bagi orang lain. If you have much, give of your wealth; if you have little, give of your heart. Give your heart tu maksudnya bukan bagi hati tu kat orang..tapi beri kebaikan dalam diri kita kat orang lain..tapi kalau nak derma organ hati pun apa salahnya.

Paling mudah, derma darah.. apa salahnya korbankan sedikit darah kita dengan mendermakannya untuk orang yang mungkin bergantung kepada darah kita tu untuk teruskan hidup mereka.kan? Ataupun korbankan kredit rm 10 untuk bertanya khabar kat ibu bapa. Lagi satu..untuk negara Malaysia yang tercinta..kita tak perlu nak bertempur seperti Leftenan Adnan..tetapi apa kata kita korbankan tabiat suka membuat sampah merata-rata..aku jelik tengok orang membuang sampah di tingkap kereta.

Makin menjadi-jadi lak semangat berkorban aku ni..ni belum dapat makan sup kambing lagi ni..hehe.seronok sebenarnya nak bercerita pasal korban dan pengorbanan.. setiap pengorbanan diharap dapat menjadikan kita semakin berjiwa besar dan mendekatkan diri kita kepada Allah. Aku ucapkan Selamat Hari Raya Korban yang tak lama lagi..dan selamat berkorban..terutamanya kepada kambing2 dan lembu2 tersayang yang sedang membaca blog ini. Ni buat ape lagi ni..cepat masuk kandang. ehek!! Gurau le.

What we do for ourselves dies with us.

What we do for others and the world remains and is immortal.

Yang betul...aril






Selamat Menyambut Hari Raya Korban




Assalamualaikum ww,

Sekadar mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.
Semoga kita dapat IKTIBAR dari peristiwa PENGORBANAN
Nabi Allah Ibrahim a.s. & anakanda baginda Nabi Ismail
a.s. dan MENGHAYATInya dalam hidup kita seharian.

Semoga Allah SELAMATkan seluruh Umat Islam di dunia
dan jua di akhirat. Amin Yarabbal Alamin.

Salam persaudaraan seIslam,
DRA Zone....



SHAHPUTRA Fashion Show


SHAHPUTRA: Satu pertunjukkan fesyen telah dipertontonkan kepada orang ramai sempena Pertunjukan Fesyen Evolusi di Kuantan Parade.Dengan bertemakan kitar semula hasil ciptaan pelajar Kolej Shahputra,104 fesyen pakaian telah dipertontonkan.

Pertunjukan ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Perlancongan, Kebudayaan,Kesenian,Warisan, Pembangunan Keluarga dan HalEhwal Wanita Pahang, Datuk Shafik Fauzan Sharif.
Erm...syabas saya ucapkan kepada pelajar² semester akhir Diploma Seni Lukis & Seni Reka Fesyen UiTM...



ps : Berilah komen hasil dorang erk...

Kolej ShahPutra Corporate Video




BACKGROUND

Kolej SHAHPUTRA, formerly known as Institute Fitra, was incorporated on 1st February 1998 and is wholly owned by Graduate Achievement Studies Centre Sdn Bhd (100% Bumiputera Equity). It officially changed its name on 28 August 1998 due to the changing needs and dynamic global aims. The main objective is to provide top quality education and training.

Kolej SHAHPUTRA started its operations in April 1998 in Kuantan. Its first intake comprised of 17 students from Universiti Putra Malaysia (UPM) undertaking the Matriculation TESL program. Later, Kolej SHAHPUTRA moved its operations to the royal town of Pekan due to the increase in the student population.

Through effective marketing strategies and the high quality education provided by the college, as well as support from various quarters, the college enrolment increased to 4,000 students and 218 staff, as on 1st August 2003.

To accommodate the increase in the number of students, and as a prelude to the setting up of its new main campus, the college move its operations to Indera Mahkota, Kuantan.

Kolej SHAHPUTRA Pekan Kolej SHAHPUTRA City Campus Kolej SHAHPUTRA
University Twinning College



Tutorial SHAHPUTRA Widgets

Image Hosted by ImageShack.us
Alhamdulillah akhirnya siap juga buat design widget bagi blogger-blogger shahputra...
hehehe...
Sesiapa warga kolej shahputra yg berminat boleh lihat tutorialnya dibawah.




Kod SHAHPUTRA Widget


<script language='JavaScript' src='http://adiwidget.com/js/adibottomleft.js' type='text/javascript'> </script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> cot("http://img372.imageshack.us/img372/855/shah2vt4.png") </script>




Untuk Tutorial sila lihat dibawah

1. Klik Dashboard
2. Klik Layout


3. Klik Edit HTML

4. Klik pada Expanded Widget Templates
5. Cari</body>dalam kod HTML blog anda.Anda boleh juga gunakan CTR+F untuk mencari kod tersebut.

6. Paste kan kod SHAHPUTRA WIDGETS di atas </body>.
7. Tekan butang SAVE TEMPLATE. Yeeeeehaaaaa