Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Korban. Lembu dan kambing mula tak tidur malam.. sambil aku pulak termimpi-mimpi nak makan sup kambing dan daging lembu ( Hmm… mudah-mudahan mimpi jadi kenyataan ). Seperti biasa aku takde lah berniat untuk menumbangkan barang seekor lembu atau kambing, atau keldai sekalipun untuk dijadikan korban Tetapi, seingat aku, Raya korban tahun lepas..aku sekadar hantar gambar kambing dan sup kambing kepada rakan-rakan di laman Friendster..bertujuan untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Korban.. itu namanya pengorbanan masa dan tenaga. Hehe.

Untuk berkongsi sedikit info, korban ialah satu Ibadah..ianya sangat dituntut (sunat muaakad). Ianya bertujuan untuk mengagungkan Allah dan mensyukuri nikmat yang dikurniakanNya. Ianya bermula dengan kisah yang memaparkan ketaatan dan kesabaran Nabi Ibrahim serta anaknya mentaati perintah Allah. Di mana ketaatan Nabi Ibrahim terhadap Allah melebihi akan segalanya termasuklah kasih sayang terhadap anak beliau. Itulah lambang pengorbanan seorang hamba kepada penciptanya.Melalui ibadah korban, kita dapat merapatkan hubungan persaudaraan sesama kita. Ini adalah disebabkan adanya amalan bekerjasama dan bersedekah. Itu lah perlambangan akan cantiknya ibadah korban ni.

Seharusnya iktibar dari ibadah korban ini kita jadikan amalan dalam kehidupan kita..jangan asyik hidup berkorban untuk kesejahteraan diri sendiri. Yang berkemampuan..sedekahkan lah lembu atau kambing kepada surau-surau..Nak sedekah sebijik dua perodua kancil/rusa pun tak ape. Yang aku ni sedekah kan senyuman dan al-fatihah diharapkan cukup lah ye. Eheh. Seperti bait lirik lagu sudirman.. “aku..bukanlah seorang perwira, gagah menjunjung senjata,namun hati rela berjuang,walau dengan cara sendiri,demi cinta ini”(baca dengan cara nyanyian..kalau boleh lontarkan emosi sekali). Aku percaya setiap dari kita ni ada pengorbanan yang tersendiri.Setiap hari ..aku bangun tidur kemudian aku tidur balik,aku bernafas..aku hidup.. sehinggalah ke hari ini.. sekarang aku terfikir apakah yang telah aku korbankan untuk Tuhan yang mencipta aku, Ibu Bapa yang telah melahir, membesarkan dan mendidik anak yang baik ini, kawan-kawan yang telah menemani semasa susah dan senang, memberi semangat dan perhatian, kepada insan-insan yang telah menjadikan dunia ini lebih baik, kepada tumbuhan-tumbuhan yang membekal oksigen kepada aku, kepada haiwan-haiwan terutama ikan dan ayam yang aku makan saban hari…apa kah pengorbanan aku terhadap mereka?

Lalu.. aku pun terfikir-fikir dan terus terfikir-fikir mencari jawapan. Sambil aku terfikir-fikir.., aku pun berkata-kata dengan diri sendiri…ala-ala bermonolog dalaman . “ Apa perlunya aku bercerita tentang pengorbanan aku kat sini, yer..pengorbanan yang tulus adalah yang dikerjakan tanpa rasa beban..bahkan ianya dilakukan dengan spontan tanpa meminta pengiktirafan”..Tiba..tiba…aku terdengar satu suara dalam kepala aku…ah! aku kenal suara itu…itu suara P Ramlee. Beliau sedang menyampaikan sebuah lagu yang amat aku kenal..yah!! itu lah lagu Berkorban Apa Saja. Memang lagu itu berlagu-lagu di fikiran aku sejak tadi.. ianya sesuai untuk aku menjawab persoalan tadi…bolehlah..huhu..


Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

(Yer.. aku rasa lagu tu pun sedang berlagu-lagu di fikiran korang sekarang)

Kita boleh berkorban atas apa sebab sekalipun. Kerana kasih..kerana cinta..kerana taat..kerana apa pun. Kejayaan juga memerlukan pengorbanan. Bahkan cinta juga perlukan pengorbanan. Kita melakukan pengorbanan untuk menjadikan sesuatu lebih baik. Tidak semestinya untuk diri sendiri..tetapi untuk kepentingan lain. Seperti dalam filem Antoo Fighter, kumpulan unit penentang jembalang itu sanggup bertarung nyawa demi keamanan manusia sejagat dari serangan Drakulat Van Listerooy. Dorang tak minta pun sebarang imbuhan untuk menentang jembalang-jembalang tanah tu..tetapi dorang lakukan atas rasa tanggungjawab dan keihklasan..walau terpaksa bertarung nyawa berlawan dengan jembalang yang dashat.huhu.

Dalam kehidupan seharian pun, ibu bapa berkorban segalanya untuk melihat anak-anak mereka medapat pendidikan yang cukup..makan yang sedap dan talian internet broadband yang lancar. Aku amat bertuah kerana ibu bapa aku telah banyak berkorban untuk aku..mereka bukanlah superhero seperti Spiderman atau Batman, tetapi lebih hebat dari mereka kerana Spiderman atau Batman pun belum tentu boleh besarkan seorang anak, dorang anak pun takde kan?

Walau bagaimanapun, sifat sebegini perlu ada.. korbankan lah diri kita untuk orang lain..walau sedikit tetapi apa nak kisah, kecil bagi kita mungkin besar bagi orang lain. If you have much, give of your wealth; if you have little, give of your heart. Give your heart tu maksudnya bukan bagi hati tu kat orang..tapi beri kebaikan dalam diri kita kat orang lain..tapi kalau nak derma organ hati pun apa salahnya.

Paling mudah, derma darah.. apa salahnya korbankan sedikit darah kita dengan mendermakannya untuk orang yang mungkin bergantung kepada darah kita tu untuk teruskan hidup mereka.kan? Ataupun korbankan kredit rm 10 untuk bertanya khabar kat ibu bapa. Lagi satu..untuk negara Malaysia yang tercinta..kita tak perlu nak bertempur seperti Leftenan Adnan..tetapi apa kata kita korbankan tabiat suka membuat sampah merata-rata..aku jelik tengok orang membuang sampah di tingkap kereta.

Makin menjadi-jadi lak semangat berkorban aku ni..ni belum dapat makan sup kambing lagi ni..hehe.seronok sebenarnya nak bercerita pasal korban dan pengorbanan.. setiap pengorbanan diharap dapat menjadikan kita semakin berjiwa besar dan mendekatkan diri kita kepada Allah. Aku ucapkan Selamat Hari Raya Korban yang tak lama lagi..dan selamat berkorban..terutamanya kepada kambing2 dan lembu2 tersayang yang sedang membaca blog ini. Ni buat ape lagi ni..cepat masuk kandang. ehek!! Gurau le.

What we do for ourselves dies with us.

What we do for others and the world remains and is immortal.

Yang betul...aril