Assalamualaikum..

Nampaknya kita akan melangkah ke tahun baru, tahun 2009 Masihi. Bagaimana agaknya pencapaian kita pada tahun 2008 dan berjayakan matlamat dicapai… Hanya anda yang dapat menilainya…
Memang diakui banyak kenangan dalam tahun 2008 ni namun ianya kini tinggal kenangan.. Menuju ke tahun 2009 sudah pastinya terdapat azam-azam yang dilakar dan seterusnya menjadi sebagai penanda aras untuk berjaya..
Azam merupakan sesuatu yang memang perlu untuk kita menjana kehidupan kita menjadi lebih baik.. Tanpa azam kita tiada arah tuju yang tepat dalam memulakan sesuatu tahun baru ini.. Memang terdapat insan-insan yang sering memperlekehkan apabila kita mencipta azam setiap tahun..
Tapi saya mensarankan agar anda semua mencipta azam masing-masing dan membuat perancangan untuk melaksanakannya.. Saya akui kelewatan saya membina azam sebelum ini menyebabkan banyak perkara yang saya tidak tercapai sedang rakan-rakan lain menjana kehidupan masing-masing..

Saya lebih suka bercakap tentang impian. Kerana saya pernah dalam situasi tidak mempunyai apa-apa langsung. Modal duit ataupun maruah diri (yela asyik meminjam duit kawan jer). Namun kerana Allah mengurniakan saya impian, saya terus ke depan. Yang ada pada waktu itu hanyalah impian semata-mata.
Jadi saya sangat percaya, impian memainkan peranan yang sangat besar. Mempunyai impian seumpama kita berdoa, dan firman Allah S.W.T:

“Dan berkatalah tuhan-Mu, berdoalah (mintalah) kepada Aku nescaya aku akan tunaikan (makbulkan) bagi kamu (akan permintaan kamu)” (Surah Ghafir :60).

Ini adalah ayat Al-Quran dan Umat Islam wajib beriman yakni percaya dan yakin dengan sepenuh hati bahawa ianya benar kerana lagi Firman Allah:

“Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji-Nya.” (ali-‘Imran: 7-9)

Saya percaya, jika anda yakin dan benar beriman dengan dua ayat di atas. Tiada sebab kenapa doa anda tidak dimakbulkan. Berbalik kepada cerita impian, ianya merupakan satu doa yang sangat mustajab kerana impian sering di campurkan dengan perasaan yang mendalam. Pemikiran tanpa perasaan adalah pemikiran yang kosong, kekutan kita untuk mencapainya juga kosong. Namun, sekiranya ianya dicampur dengan perasaan teruja, sedih, gembira, terharu dan sebagainya ianya merupakan pemikiran yang amat kuat kuasanya. Jika anda melakukan ini, Insyaallah bakal tercapailah semua yang anda impikan.



p/s : pssssstt....aper azam dan impian anda?kongsi-kongsikan laaaa....org yg nama azam xperlulaahh berazam coz dia ari2 ber AZAM....huhuhu